Saturday 18 January 2014

RAWATAN SELEPAS BERSALIN DAN PENJAGAAN DALAM PANTANG

 MALAY CONFINEMENT KAK INA  menyediakan perkhidmatan Rawatan Bersalin dan Penjagaan Ibu dan Bayi ketika pantang yang akan dilakukan oleh KAK INA yang terlatih, berkepakaran dan berkemahiran mengurut turun temurun.
KAK INA bukan sahaja menjaga ibu bersalin & bayi , turut juga menjalankan rawatan seperti Urut Bersalin, Tungku, membantu mengikatkan Kain Bengkung, memakaikan tapel, param dan pilis, menyediakan Mandian Herba ibu Bersalin, Berlulur serta menyediakan Masakan Pantang dan Minuman Herba bagi ibu bersalin tidak jauh bezanya dari Bidan kampung tradisional dahulu.
Rawatan lain yang akan dijalankan bergantung pada tahap kesihatan dan pemulihan ibu bersalin iaitu Tangas Basah atau Tangas Kering, Urutan Bengkak Susu, Tuam dll.
KAK INA juga akan memandikan dan Urut Bayi. Bayi akan di tuam bagi mengelak dari kembung perut, mendapat kolik, angin pasang dan juga untuk meredakan bengkak akibat suntikan. Bayi yang mendapat sakit kuning akan dimandikan dengan herba dan di jemur di mentari pagi.
KAK INA sentiasa memberi perhatian terhadap keluhan ibu bersalin yang mempunyai masalah perubahan pada badannya. Lazimnya, ibu bersalin berasa sedih kerana perut masih besar selepas melahirkan, kulit perut yang kendur dan menggelebeh, mengalami bengkak susu atau tiada air susu, infeksi keputihan dan kegatalan, buasir, sembap kaki, urat timbul, lelehan pada faraj, kemasukkan angin dan bermacam-macam masalah lain. Tidak lari juga ada ibu bersalin yang mendapat bentan urat pada waktu tengah malam, ada juga yang mengalami meroyan, sering menangis atau menjerit dan tidak mampu menjaga bayinya.
Tanggungjawab atau tugas seorang Penjaga Pantang Ibu Bersalin bukan sekadar mengurut malah merawat masalah lain seperti yang di sebut di atas dan juga melayan perasaan emosi ibu bersalin. Boleh dikatakan KAK INA memainkan peranan seorang ibu.
Sekiranya penjagaan ketika pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku dengan serta merta tetapi pada hakikatnya ia akan berlaku pada kelahiran yang seterusnya atau pada usia yang mula meningkat. Waktu itu mulalah badan terasa lenguh, sakit urat, sendi, pinggang dan kebas kaki tangan.
Justeru, dengan bantuan KAK INA, dapat mengurangkan beban Ibu Bersalin. Malah, Ibu Bersalin akan dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman berpantang yang akan memudahkannya di masa akan datang.

 PAKEJ FLEXI (9 pagi- 1 petang)

Penjagaan Ibu dan Anak

3 HARI……………….RM 600.00
5 HARI……………….RM 1,000.00
7 HARI……………….RM 1,400.00
14 HARI……………...RM2,800.00
21 HARI……………...RM4,200.00
28 HARI……………...RM5,600.00 

Perkhidmatan yang di sediakan:

Rawatan untuk Ibu

Mandian Herba
Tungku
Urut
Tangas Basah ( pakej14 hari keatas)
Tangas Kering (pakej 14 hari keatas)
Scrub(lulur badan)
Barut,Param dan Pilis
Masakan makanan pantang
Menyediakan minuman Herba



Rawatan untuk bayi

Mandi Bayi
Urut bayi
Scrub
Tuam dan Penjagaan Pusat
Teknik Penyusuan yang betul


* Bahan-bahan rawatan berpantang seperti Minyak Urutan,  Herba-herba, param, pilis, alat bertungku, alat bertangas  akan di bawa oleh kak ina dan telah termasuk dalam harga pakej diatas.  



PAKEJ PREMIUM (9pagi - 11.30tghari )

Penjagaan Ibu sahaja

3 HARI.......................RM450.00
5 HARI.......................RM750

7 HARI.......................RM1050.00

14 HARI.....................RM2100.00

21 HARI.....................RM3150.00




Pakej ni hanya untuk ibu sahaja, perkhidmatan yang di sediakan;

*Mandian herba(serum)
*Bertungku seluruh badan
*Urutan perbidanan
*Berbarut
*Param dan pilis
*rempah masakan dalam pantang


* Bahan-bahan rawatan berpantang seperti Minyak Urutan,  Herba-herba, param, pilis, alat bertungku, alat bertangas  akan di bawa oleh kak ina dan telah termasuk dalam harga pakej diatas


*Bahan masakan seperti ikan,sayur serta rempah ratus masakan disediakan oleh tuan rumah. 

PAKEJ RAWATAN PENUTUP PANTANG:

3 hari Rm 750.00

Rawatan yang di sediakan:
Lulur Badan
Mandi Aura ( mandi bunga,mandi herba dan mandi limau)
Urutan Teraputik
Sengkak(naikan peranakan)
Asak
Tangas basah,tangas kering,tangas berasap
Pelepas
Rawatan disempurnakan oleh Kak Ina yang sangat berpengalaman. Kak Ina akan menyediakan semua bahan rawatan dan herba2.
Pelangan hanya di minta menyediakan kain batik.

Kak Ina akan datang sendiri ke rumah pelangan

Nota penting:
Rawatan penutup berpantang penting bagi ibu untuk menyucikan diri daripada darah kotor,  dan membersihkan diri zahir dan batin. Urutan therapeutic bertujuan untuk memulih dan menyegarkan tubuh ibu agar ibu bersedia dan yakin memulakan hubungan kelamin setelah lama berpantang. Mandian bunga khas untuk ibu mengembalikan aura seri muka dan menaikkan seri wajah  bagi menyerlahkan keyakinan ibu


NOTA PENTING:
Perhatian kak ina bukanlah pembantu rumah. Kak ina hanya akan menjalankan tugas menjaga ibu berpantang dan bayi, memastikan ibu dan bayi dalam keadaan selesa serta melakukan tugas sebagai pengamal perbidanan untuk memulih ibu.


· Bahan untuk masakan ibu berpantang  (cth: ikan, daging,rempah ratus masakan)  akan disediakan lebih awal oleh tuan rumah.

    
·  Harga di atas tertakluk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jika diluar kawasan, kos pengangkutan akan ditanggung oleh pelanggan .
·                      


 HUBUNGI K.INA:
   
     0196665216
 Email: inaurut68@gmail.com
Facebook:Bariah Hamid
Instagram:BARIAH _HAMID

sebarang pertanyaan yang lebih lanjut  sila hubungi  k.ina.


              

14 comments:

  1. Salam kakak Ina...Ada x kenalan Dari Kuala Terengganu? Sy Akan bersalin in 2weeks time.tq

    ReplyDelete
  2. Salam... Sy mencari confinement lady area Kuala terengganu..skrang baru preggy 2bulan..lau sis ada info pasal confinement lady sskitar k.terengganu boleh email sy x..cokelatcadburry@gmail.com

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM KAK INA UNTUK PAKEJ BERPANTANG BULAN 8 NI AREA KUALA SELANGOR...MASIH AVAILABLE?

    ReplyDelete
  4. Salam kak ina, kalau berurut orang lepas gugur bole ke?

    ReplyDelete
  5. assalam kak, nak tanye rate ni still boleh guna utk bersalin thn depan ke? awal bln 3 mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak.. kalau saya nak booking untuk hujung bulan januari 2016 masih ada lagi x..

      Delete
  6. Ohhh menarik jugak ni. I can recommend to my sister. Thx for sharing. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal cantik dan slim.

    >>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete
  7. salam k.ina,
    saya tinggal di area gombak. akan bersalin awal bulan may 2016, boleh ke akak datang urut time tu?

    ReplyDelete
  8. Salam kak ina, pakej utk 3 hari tu masak pun termasuk sekali ke? Then nak tau menu utk masakan berpantang tu boleh?

    ReplyDelete
  9. Salam kak ina, pakej utk 3 hari tu masak pun termasuk sekali ke? Then nak tau menu utk masakan berpantang tu boleh?

    ReplyDelete
  10. APA ITU SAKIT PUAN???
    Wanita harus Ambil tahu!!

    Wanita dan masalah "Sakit Puan" ...






    1.3 Senggugut (Sakit Haid)

    Ia adalah sejenis penyakit ya yang dialami oleh kebanyakan anak gadis kerana kesempitan tiub. Kesakitan berlembutlah di bawah ari-ari sekitar bawah perut dan kemaluan. Kadang-kadang ari-ari seperti hendak jatuh. Tidak berlembutlah pada wanita mengandung. Tidak diiringi muntah-muntah, demam, perubahan warna pada najis dan tidak diiringi Belanja darah yang berbau busuk. Kebanyakan wanita yang belum berkahwin mengalaminya, ia bermula pada permulaan tempoh dan beransur-ansur hilang sehingga 2-3 hari yang terakhir.

    Kesakitan yang teruk dan kerap serta tidak diiringi oleh sebarang penyakit lain, Senggugut dipanggil. Ia berlembutlah paling teruk pada persekitaran Umur 15-25 tahun. Mungkin juga Sepanjang tempoh subur wanita. darah / ultra bunyi dan laparoscapy adalah dinasihatkan.

    Langkah-langkah bagi mengurangkan kesakitan:
    - Rehat dan berbaring apabila sakit bersangatan

    - Tekan pada bawah ari-ari dengan menggunakan alat-alat yang sesuai

    - Jumpa Doktor dengan segera Jika terlalu sakit dan berlarutan


    1,4 Endometriosis

    Rahim wanita mempunyai lapisan yang melapisi change dalam rahim. Lapisan dalam membesar setiap bulan bagi tujuan penyediaan makanan bagi telur yang sedang membesar. Ia adalah endometrium yang akan membesar menjadi sumber penyediaan makanan bagi janin kelak. Perkembangannya adalah hasil Gabungan antara rembesan hormon-hormon pembicaraan atau menyingkatkan pembicaraan. Jika sekiranya endometrium ini tidak digunakan (telur tidak disenyawakan), ia akan dirembesakan bersama darah Haid. Endometriosis berlembutlah apabila tisu-tisu emdometrial berkembang di luar rahim (Biasanya di change lain sistem peranakan) seperti di ovari. Ianya kerap berlembutlah pada Fasa Umur yang Boleh mengandung.

    Tanda-Penanda ya:

    - Kerap diserang sakit haid (senggugut)

    - Darah keluar banyak atau Exports berpanjangan

    - Hospital besar kemungkinan Menghadapi masalah kemandulan


    1,5 Endometritis


    Ialah disebabkan oleh jangkitan kuman pada lapisan rahim yang dipanggil endometrium selalunya mengiringi kalahiran atau keguguran. Selepas Kelahiran normal, darah nifa akan berpanjangan sehingga melebihi 7-10 hari dengan pertukaran warna darah daripada merah kepada warna atau merah muda yang cair atau kadang-kadang pekat dan berbau busuk.



    1,6 Ketumbuhan Ovari

    Sudah biasa berlaku dan hampir setiap kali ovalusi. satu Lubang akan terbentuk di mengambil tempat telur yang telah Matang dan mengalami pecah. Kadang-kadang pada pertengahan pusingan ovulusi, Lubang yang berkenaan akan memecah menyebabkabkan kesakitan yang Kuat.

    Tanda-Penanda :

    - Hospital sebelah pada change bawah ari-ari dan selalunya membawa ke arah belakang.

    - Whole loya

    - Hilang selepas 3 hari

    1.7 Barah rahim (uterus) dan pangkal rahim (serviks)

    Pada tahun 1991 sahaja terdapat 13.000 KES kanser pangkal rahim dan 4500 daripadanya membawa Kematian. Jika digabungkan kanser rahim dan pangkal rahim terdapat 46.000 KES dan daripadanya Mati.

    Wanita berisiko tinggi mendapat barah Rahim:

    -Berlembutlah selalunya pada Fasa Umur antara 55-65 tahun

    -Hamba perempuan mandul

    -Perempuan tiada ovulusi

    -Lambat putus Haid

    -Gemuk

    -Mengambil estrogen terlalu lama sebagai rawatan setelah menopause

    -Pengidap barah pangkal rahim

    -Kumpulan sosio-ekonomi Pamah

    -Herpes-Genital

    -Perhubungan jantina terlalu awal

    -Banyak pasangan seks

    -Coital pendarahan Pendarahan selepas putus haid (Biasanya selepas berhenti Haid terakhir)

    1,8 Bengkak dan ketumbuhan pada kalenjar Bartholin
    Kalenjar Bartholin adalah terletak pada dua Dinding dalam & kekeringan faraj. Ianya amat sukar dilihat dan Jika ada jangkitan padanya. Ia akan membengkak dan bernanah (berlembutlah selalunya dalam syphllis).

    Tanda-Penanda:
    Kalenjar membengkak menjadi merah dan panas

    bernanah

    bengkak sebelah

    penyaringan kekeringan faraj mesti dilakukan

    pendarahan kecil membuang kalenjar yang sakit


    ReplyDelete