Monday 3 October 2016

Amalan Semasa berpantang.

Mengikut tradisi masyarakat melayu tempoh berpantang memakan masa 44 hari dan ada juga yang sampai 100 hari, dalam masa berpantang banyak perkara perlu  dilakukan untuk pemulihan sistem tubuh badan dan sistem pemprosesan organ peranakan antaranya :

*  Minuman herba
*  Mandian tradisional akar kayu( serum)
*  Bertangas/bertungku
*  Urutan lepas bersalin
*  Berbekung.
*  Pilis
* Param


1  Kebaikan Mandian Herba

* Dapat mengembalikan kesegaran tubuh dan urat saraf
* Mengurangkan berat badan
* Membuang toksin
* Mengecutkan peranakan
* Mewangikan tubuh dari hanyir. 



Kebaikan Bertungku

 * Mengecutkan rahim
* Memecahkan lemak
* Melancarkan peredaran darah
* Mengelak suhu badan dari turun
* Menghalang pembentukan angin dalam tubuh



Kebaikan Urutan Selepas Bersalin.


 * melancarkan perjalanan darah
* mengeluarkan darah (lokia)yang terperangkap dan    tertakung;
* menaikkan rahim
* membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya;
* memecahkan lemak;
* mengetat dan membentuk tubuh;
* mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
* urutan selepas bersalin juga mampu memulihkan payudara disamping melancarkan susu ibu.




 Kebaikan Berbekung
* Mengekalkan bentuk badan
* Mengelak dari perut menjadi buncit
* Mengekalkan suhu badan
* Mencantikan kulit perut yang telah kelihatan kendur akibat dari hamil




Kebaikan Pilis dan  
Pilis ialah campuran herba yang diproses dan disapukan didahi
* Mengelak dari mengalami terasa pening akibat dari kehilangan darah ketika bersalin.
* Mengelak berlakunya rabun
* Dipercayai dapat menghindar dari meroyan.
* Dapat menenangkan emosi yang bercelaru kesan dari kelahiran



No comments:

Post a Comment